puisi cinta buat adam.....
yang ku cari ,
bukanlah suara merdu dendangan lagu darimu ,
tapi ,
aku inginkan laungan azan darimu di
setiap waktu solatku ,
yang aku mahu ,
bukanlah deklamasi saJAK cinta darimu
untukku,
namun, aku ingin dengari suaramu yg
syahdu membaca AL-QURAN,
yang aku inginkan
bukan hanya ucapan cinta dari bibirmu,
tapi, aku inginkan akad yg mnjdikan
hubungan kita diredhai,
wahai lelaki,
yang aku dambakan,
bukannya rupa parasmu yang menggoda,
namun, senyumanmu yang membuatku bahagia,
bukan juga harta berganda,
namun, hanya keluhuran budi bahasa,
juga bukan punya result cemerlang,
cukuplah sekadar kau jaga 5 waktu solatmu,
wahai lelaki,
jika rindu padaku menguasai dirimu,
bacalah AL-QURAN sebagai penawarnya,
jika sayang padaku memenuhi setiap sudut
hatimu,
ingatilah ALLAH dalam jaga dan lenamu,
jika kasih padaku membuat kamu tidak
menentu,
ambillah hatiku sebagaimana ALLAH kehendaki,
wahai lelaki,
aku inginkan kamu tahu,
cintaku apada RABBIKU takkan tertanding,
oleh segalanya,
rinduku pada PENCIPTAKU,
mengiringi setiap langkah dan detik waktu,
berlaku,
ingatanku terhadap TUHANKU di setiap
denyut nadi dan degup jantungku,
wahai lelaki,
pesanan terakhir buatmu
sungguh aku mencintaimu kerana allah
jika dirimu ditakdir dan diciptakan buatku,
berdoalah agar cintamu terhadapku
tidak melebihi
cintamu pada penciptamu
namun jika perpisahan dijanjikan buat kita,
terimalah ia sebagai dugaan dari ALLAH
dengan hati yang tabah,
agar sinar kebahagiaan di hari esok
akan lebih indah.....
nukilan sahabatku,
siti nor quraisya....